Free WordPress Templates

Peta Pilihan Raya Malaysia Elektronik (BM)

ENG | BM 

Tindak Malaysia berhasrat untuk membolehkan rakyat memahami ciri ciri pilihan raya Malaysia dan proses pensempadanan. Kami telah berjaya mempersembahkan Peta Pilihanraya Malaysia secara online dengan kemahiran GIS di kalangan ahli kami. Kita rasa portal ini mungkin portal pertama di Malaysia mempunyai maklumat pilihan raya yang terperinci.

**Oleh sebab saiz pengajian pilihan raya Malaysia masih kecil dan kekurangan maklumat pilihan raya awam, analisa dan peta Tindak Malaysia telah dibuat mungkin serupa dengan badan badan lain. Mana mana aplikasi sedia ada yang hampir sama dengan aplikasi Tindak Malaysia adalah situasi kebetulan. Kebenaran diperlukan untuk mendapatkan maklumat sempadan dan membina aplikasi hampir serupa (mengenai perubahan sempadan pilihan raya Malaysia). Kita mengiktiraf kerja kerja sukarelawaan yang menyumbang kepada program pemetaan Tindak Malaysia sejak 2013

 

Peta Situasi Politik Sekarang (2018)

Di bawah sini, Peta Pilihan Raya menunjukkan senarai nama Ahli Parlimen dan kawasan parlimen setiap ahli Parlimen mewakili. Peta dinamik selalu dikemaskinikan apabila perubahan parti untuk kawasan parlimen berlaku (seperti kematian, ahli Parlimen hilang kelayakan, peralihan gabungan parti)

Kita mengiktiraf sumber utama untuk aplikasi ini: SPR MALAYSIA

Ke Atas

Peta Demografi Politik bagi PRU14

Kita telah menggunakan Tableau Public untuk menunjukkan ciri ciri demografi pengundi Malaysia menjelang PRU14. Peta aplikasi menggunakan pensempadanan terbaru dan maklumat aplikasi ditulis dalam Bahasa Malaysia (untuk penggunaan seluruh negara).

Arahan Utama

  1. Pilih salah satu peta (Etnik Pengundi Malaysia, Pengundi Belia Malaysia,Pengundi Awal Malaysia) melalui pautan di atas aplikasi tersebut
  2. Gunakanlah tetikus komputer dan letakkan di atas mana-mana kerusi parlimen. Sila tunggu untuk maklumat parlimen dikeluarkan. Maklumat seperti kaum, saiz belia dan pengundi awal boleh dikaji
  3. Guna Kanta pembesar di sebelah kiri peta untuk menulis bandar anda menetap atau kawasan kamu mahu mengkaji. Aplikasi akan memberi fokus kepada kawasan tersebut untuk kamu mengkaji dengan teliti
  4. Simbol dan makna warna dalam carta pai boleh didapati dalam pautan Pecahan Etnik

Untuk melihat aplikasi ini dalam pautan lain, sila klik di sini

Ke Atas

Membandingkan Sempadan Pilihan Raya PRU13 Dengan PRU14

Sempadan Pilihan Raya (bagi Semenanjung Malaysia) yang baru telah diwartakan pada hari 29 Mac 2018. Kita ingin berkongsi  satu aplikasi peta untuk kamu melihat perubahan sempadan dengan semua rakyat Malaysia. Ikut arahan di sebelah kiri aplikasi tersebut. Memahami perubahan sempadan and meneliti perubahan nama parlimen.

**Tiada perubahan sempadan untuk Sabah, Sarawak (diselesaikan pada tahun 2015) dan Labuan**

Sila klik pautan Ini untuk aplikasi interaktif

Kita mengiktiraf sumber utama untuk aplikasi ini: SPR MALAYSIA

Ke Atas

 

2015/17 Peta Situasi Pilihan Raya

Di bawah sini, Peta Pilihan Raya dan Demografi Malaysia telah dipaparkan. Menggunakan maklumat GIS dan demografi yang dipegang oleh Tindak Malaysia, kita telah melancarkan aplikasi peta di bawah untuk menunjukkan ciri ciri status dan demografi pilihan raya kita. Klik pada kawasan parlimen (yang diwarnai) untuk mengenali wakil rakyat anda dan demografi asas untuk kawasan parlimen.

Bahagian Kanan peta menunjukkan perubahan bilangan pengundi, kumpulan ethnik majoriti dan bilangan kerusi pilihan raya yang dipegang oleh setiap pakatan politik di Malaysia. Bahagian ini adalah dinamik dan angka berubah apabila lokasi peta diubah.

Kita mengiktiraf sumber-sumber yang digunakan untuk aplikasi di atas. Sumber : SPR Malaysia, The Malaysian Insight, Malaysiakini, Wikipedia

*Sempadan Pilihan Raya untuk aplikasi di atas hanya sah hingga 29 Mac 2018. Parlimen Penggal ke-13 telah dibubarkan pada 7 April 2018

Ke Atas

Sumber bagi Konsep Pensempadanan

Ingin mengetahui prinsip – prinsip pensempadanan atau taktik taktik manipulasi dalam pensempadanan? Kaji selidik lebih melalui pautan ini (dalam Bahasa Inggeris)

Ke Atas

Peta Pilihan Raya Lama (Sedang Dibina)

Ke Atas  

Top