Free WordPress Templates

PILIHAN RAYA SABAH

Selamat datang ke laman web kecil Tindak Malaysia yang memberi tumpuan kepada pilihan raya negeri Sabah yang akan datang. Kandungan laman web kecil hanya boleh digunakan untuk kegunaan akademik, media, badan bukan kerajaan, parti politik, individu dan penggunaan bukan komersil. Anda telah bersetuju menggunakan kandungan laman web seperti mana yang tertera di atas.

Laman web kecil dibina pada tahun 2020 dan sedang dikemaskini untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2025.

Peta Pilihan Raya dan Pentadbiran Raya Sabah

Berikut adalah pautan peta interaktif negeri Sabah (dibina oleh Tindak Malaysia) yang menunjukkan sempadan pentadbiran, pihak berkuasa tempatan dan kawasan pilihan raya – Peta Pilihan Raya & Pentadbiran (Disember 2025)

Kedua-dua aplikasi di atas hanya boleh digunakan untuk tujuan bukan komersil. Untuk kegunaan media (televisyen, radio dan lain-lain), sila menulis kepada danesh@tindakmalaysia.com untuk mendapat kebenaran.

Imej peta di atas adalah untuk ilustrasi sahaja

Sumber: SPR, Jabatan Tanah dan Ukur (Sabah), Jabatan Statistik (DOSM), Warta Kerajaan Sabah, Tindak Malaysia

PERKARA PENTING/PENAFIAN: Jangan menggunakan sempadan yang ditunjukkan dalam peta interaktif ini untuk menentukan kedudukan rumah atau bangunan atau anda sendiri dengan terperinci (iaitu pada peringkat jalan raya, bangunan ataukawasan taman perumahan) atau hubungan terperinci antara beberapa jenis sempadan. Untuk maklumat lebih terperinci, sila melawat laman web Jabatan Tanah dan Ukur (Sabah) . Anda digalakkan untuk mengesahkan kedudukan anda dengan SPR/Pejabat Tanah dan Daerah/Pihak Berkuasa Tempatan. TindakMalaysia Network Services PLT tidak bertanggungjawab apa-apa kesalahan faham atau kesilapan daripada peta interaktif. Kandungan boleh diubahsuai bila-bila masa tanpa notis. Mana-mana kesalahan ditemui, sila tujukan kepada info@tindakmalaysia.com

Peta Ringkas Parlimen dan DUN Sabah (2025) di bawah (dibuat oleh Tindak Malaysia). Untuk semua kegunaan bukan komersil (pengecualian diberikan kepada media)

Data Pilihan Raya Sabah (1967 – 2025)

Anda boleh mengkaji perubahan keputusan pilihan raya untuk negeri Sabah dari pilihan raya pertama (1967) hingga terkini. Sila merujuk kepada pautan Github (kandungan dalam Bahasa Inggeris) di bawah:

Data Pilihan Raya Negeri Sabah (1967 – 2025)

Atlas Sejarah Pilihan Raya Sabah (Terbaru)

Pautan StoryMap Tindak Malaysia mengenai sejarah Pilihan Raya Sabah telah dilancarkan pada 3/11/2025. Aplikasi ini mengundang anda untuk membelajar perubahan politik Sabah (1962 hingga sekarang) dari lensa geografi, data pilihan raya dan pautan media yang bersesuaian. Aplikasi diterbitkan dalam Bahasa Inggeris

Pautan: Sabah Election History Atlas

Peta Aplikasi Interaktif Sejarah DUN Sabah

Aplikasi ini mengundang anda untuk memahami perubahan sempadan DUN-DUN di Sabah untuk kesemua persempadanan yang dilaksanakan sejak tahun 1966. Anda boleh menentukan kawasan DUN yang pernah meliputi bandar atau kampung anda ATAU mengkaji setiap perubahan setiap DUN bagi setiap persempadanan. Sila baca arahan (“Instructions”) sebelum penggunaan aplikasi ini. Aplikasi ini sesuai untuk penggunaan am (bukan penentuan terperinci). Aplikasi diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan sesuai untuk pengkaji dari bidang sains politik atau GIS.

Bagi kajian terperinci mengenai perubahan nama DUN, penubuhan dan pembubaran DUN dan perubahan sempadan, sila menggunakan fail-fail yang mempunyai terma “Redelineation Impact” melalui GitHub kami (yang dipecahkan untuk setiap pilihan raya):  Data Pilihan Raya Negeri Sabah (1967 – 2025)

Pautan: Sabah Historical DUN Constituency Finder

Demografi Sabah

Seksyen Tableau ini menunjukkan ciri-ciri demografi pada peringkat DUN Sabah (2025). Tableau digunakan menunjukkan maklumat demografi DUN secara interaktif dan anda diundang mengkaji hubungan antara ciri-ciri demografi

Untuk paparan terbaik, sila lawat pautan ini

Arkib (Kandungan sesuai untuk PRN 2020)

APLIKASI PETA DUN SABAH

Seksyen ini memberi anda pandangan secara keseluruhan dan mendalam mengenai geografi pilihan raya Sabah.

Slik klik pautan ini untuk masuk aplikasi interaktif ini

Sumber: SPR Malaysia, Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), direka oleh Tindak Malaysia Election Analysis Unit (2020)

Penafian: Bukan semua maklumat Pembandaran (Mengikut Definisi SPR 2014) dan Pendapatan Penengah Isi Rumah (2019) didapati

Arahan:

    1. Selepas anda klik pautan, sila baca terma – terma penggunaan aplikasi. Jika anda setuju, sila klik ‘Close’
    2. Anda boleh klik mana – mana kawasan yang berwarna (yang mempunyai nama) untuk mengenali DUN anda (sila rujuk ke gambar di bawah)APLIKASI PETA INTERAKTIF SABAH (KLIK DUN)
    3. Kenali pilihan – pilihan di sebelah kiri (seksyen atas) aplikasiAPLIKASI PETA INTERAKTIF SABAH

BILANGAN PEMILIH MENGIKUT DUN

Mengikut maklumat SPR dari tahun 2016 hingga 2020, pihak kami telah menyusun semula data jumlah pemilih mengikut DUN – DUN Sabah untuk tiga tahun. Sila muat turun fail BILANGAN PEMILIH SABAH dari sini untuk kajian anda.  Sila laporkan mana – mana isu ketepatan dan percanggahan data ini melalui emel info@tindakmalaysia.com

Sila memberi rujukan untuk setiap penggunaan fail ini mengikut kenyataan ini.

“SPR MALAYSIA, JABATAN PEGUAM NEGARA, DISUSUN SEMULA OLEH TINDAK MALAYSIA”

Laporkan kesalahan kepada info@tindakmalaysia.com

MAKLUMAT DEMOGRAFI

Berikut adalah rumusan ciri – ciri demografi pemilih untuk Pilihan Raya Negeri Sabah 2020

  1. KOMPOSISI ETNIK MENGIKUT DUN SABAH (ST 1 2020)

Sila memberi rujukan untuk setiap penggunaan fail ini mengikut kenyataan ini.

“SPR MALAYSIA,  DISUSUN SEMULA OLEH YK HON (TINDAK MALAYSIA)”

Laporkan kesalahan kepada info@tindakmalaysia.com

Data-Data Lama Tindak Malaysia untuk negeri Sabah

Helaian Mata PRK Kimanis 2020

Demografi Pengundi PRK Kimanis 2020

Keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 (Peringkat DUN)

Demografi Pengundi PRN Sabah 2020 (Peringkat DUN)

APLIKASI PETA DUN INTERAKTIF (DUN – DUN TERTENTU)

Untuk Kegunaan Program Pemerhati dan Pemantuan Pilihan Raya, pihak Tindak Malaysia telah muatnaik beberapa peta DUN yang terperinci

Peta – Peta ini menunjukkan sempadan daerah mengundi, pusat mengundi dan waktu mengundi (kecuali untuk DUN Inanam). Sila klik pada kawasan berwarna atau logo SPR untuk mendapat maklumat nama Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi

  1. DUN INANAM
  2. DUN TANJUNG ARU
  3. DUN ELOPURA & DUN TANJONG PAPAT

Sila memberi rujukan untuk setiap penggunaan fail ini mengikut kenyataan ini.

“SPR MALAYSIA, JABATAN PEGUAM NEGARA, DISUSUN SEMULA OLEH TINDAK MALAYSIA”

Laporkan kesalahan kepada info@tindakmalaysia.com

KERUSI – KERUSI HANGAT DI SABAH UNTUK PRN 2020

Kajian Tindak Malaysia Election Analysis Unit (2020) yang menggunakan faktor – faktor di bawah untuk mendapat senarai kerusi hangat di Sabah:

  1. Kekuatan Parti yang Menang sejak PRU 12
  2. Kekerapan Ahli ADUN yang Menang sejak PRU12
  3. Peralihan Undi sejak PRU 12
  4. Sejarah Lompat Parti sejak PRU14

Kerusi – Kerusi hangat ialah:

  1. Petagas
  2. Kunak
  3. Melalap
  4. Balung
  5. Kundasang
  6. Sebatik
  7. Klias
  8. Kadamaian
  9. Matunggong
  10. Tambunan
  11. Apas
  12. Paginatan
  13. Inanam
  14. Kemabong
  15. Labuk
  16. Lumadan
Top