Tindak Malaysia bermula sebagai sebuah gerakan pada tahun 2008 untuk mendidik dan memperkasakan rakyat Malaysia dalam bidang reformasi pilihan raya. Bidang reformasi pilihan raya yang kami liputi merangkumi Ejen Tempat Mengundi, Ejen Pengiraan Undi, Ejen Barung (PACABA), serta reformasi perlembagaan.
Kami mendaftarkan diri sebagai sebuah Perkongsian Liabiliti Terhad (TindakMalaysia Network Services PLT) pada tahun 2013, dan ia menjadi wahana utama bagi advokasi reformasi pilihan raya kami. Pada tahun 2025, kami berjaya mendaftarkan diri sebagai sebuah pertubuhan – Persatuan Bertindak Pilihan Raya Bebas dan Saksama (“Tindak”). Pada masa ini, kami sedang dalam proses memindahkan urusan advokasi daripada syarikat kepada pertubuhan tersebut.
Kini, Tindak Malaysia beroperasi sebagai sebuah entiti syarikat swasta yang memberi tumpuan kepada perundingan pilihan raya dan demografi.
Kenyataan Visi dan Misi Lama
Visi Kami Menggalakkan Rakyat Malaysia supaya mengesahkan dan melaksanakan prinsip-prinsip Pengisytiharan Hak Asasi Manusia yang diseru oleh Persatuan Bangsa Bersatu.
Misi Kami Mendidik dan menyatupadukan Rakyat Malaysia melalui kegiatan yang memperdayakan usaha sosial dan ekonomi.




